Live Streaming Debat Salahudin vs Saifuddin

Debat Sinar kali kedua malam ini boleh diikuti menerusi Astro Awani saluran 501 dan juga radio Bernama24 mulai jam 9 malam ini.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, kedua-dua stesen TV dan radio itu telah bersetuju untuk menyiarkan debat ini, yang kali kedua dianjurkan oleh Sinar Harian, akhbar terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

"Siaran menerusi Astro Awani dan Bernama24 akan membolehkan mereka yang berminat untuk mengikuti dengan dekat di auditorium kami, tetapi tidak berpeluang.

"Ruang untuk menyaksikan debat di Auditorium Kompleks Media Karangkraf hanya dihadkan kepada jemputan-jemputan rasmi sahaja," kata beliau.

Debat kali ini bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi". Ia menemukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Ia akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada kedua-dua pendebat itu, boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/sinaronline atau http://www.facebook.com/SinarHarian atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my.


Mula 9.00PM Tamat 10.30PM
-->Video rakaman penuh Debat Salahudun vs Saifuddin [ENTER]

No comments:

Post a Comment